Perayaan Kuih Bulan disambut pada hari ke-15 pada bulan ke-8 pada kalendar Cina iaitu pada akhir bulan Ogos hingga akhir bulan September. Ia selalunya hampir dengan ekuinoks musim luruh. Pada waktu ini, bulan biasanya mengambang dan terang, menjadikannya waktu yang sesuai untuk meraikan hasil tuaian musim panas.Kuih Bulan merupakan salah satu hidangan istimewa pada perayaan ini. Kuih Bulan diperbuat daripada adunan manis yang berinti kacang merah, atau adunan biji teratai, atau kuning telur masin.
Tahukah
anda bahawa Perayaan Kuih Bulan sangat berkait rapat dengan satu
peristiwa sejarah dalam memperingati perjuangan rakyat China yang
bangkit menuntut kebebasan di bawah pemerintahan Mongol yang menindas
dan kejam?
Pemberontakan
di bawah pimpinan Xhu Yuan Zhang besama pengikutnya, Liu Bo Wen telah
menggunakan kuih bulan sebagai alat sebaran maklumat.
Kuih
bulan yang dijual secara meluas di pasaran pada ketika itu telah
diselitkan sepucuk nota menyeru rakyat untuk bangkit menggulingkan
kerajaan pada malam 15 haribulan, yakni bulan kelapan dalam kalender
lunar.
Di
tengah-tengah kuih tersebut juga telah diletakkan pesanan yang
menerangkan cara untuk memberontak. Pemberontakan itu akhirnya berjaya
menjatuhkan pemerintahan Puak Mongol (Dinasti Yuan).
Sejak
itu, kuih bulan bukan sekadar menjadi makanan tradisi, ia juga
melambangkan nilai dan simbol memperjuangkan keadilan dan menentang
kezaliman.
Hingga kini, peristiwa ini dirayakan setiap tahun oleh masyarakat Cina dalam perayaan yang dikenali sebagai Perayaan Pertengahan Musim Luruh.
Sumber: http://sejarah2u.blogspot.com/2009/01/perayaan-kuih-bulan.html
No comments:
Post a Comment