Kuih Pelita
Di
sebuah kampung ni terkenal dengan tradisi memasang pelita menjelang
bulan ramadan. Setiap rumah pasang 18 buah pelita (paling minimum
sebagai syarat untuk masuk pertandingan raja pelita tu). Masing-masing
berebut nak digelar pemilik pelita paling banyak. Duit habis beli pelita
dengan minyak tanah. Bila dah raya tu, duit dah takdak. Kuih raya pun
tak tempah lagi. So, depa p hamek pelita depan umah tu terus buat kuih.
Kuih Ketayap
Alkisah
dahulu kala, ada seorang remaja yang suka makan inti kelapa. Kalau nak p
surau ja, mesti p meratah inti kelapa dulu. Kawan-kawan dia kat sutau
dok pelik lihat peel sahabatnya yang sorang ni. Satu hari tu, dia nak
suruh kat kawan-kawan dia kat surau tu rasa sebab dah lama depa teringin
nak makan inti kelapa jugak. Memandangkan mak budak tu tak simpan
plastik kat rumah sempena menghormati kempen no plastic on saturday,
budak ni pun terus amik ketayap dia p bungkus inti kelapa tu. Terus jadi
kuih ketayap.
Kuih Lopez
Seorang
warga asing antarabangsa ni telah singgah ke sebuah kampung di selatan
tanah air. Sebenarnya dia nak bercuti mencari ketenangan sebab bantai
sibuk 24/7 sebagai artis. So, dia pun tekad nak menjalani kehidupan di
kampung di sebuah homestay. Nak dijadikan cerita, artis ni suka sangat
dengan kuih ni. Pastu dia bayaq auntie yang merekacipta kuih ni supaya
nak rebrand kuih tu meletakkan nama kuih tu sempena namanya. Akhirnya
Jennifer Lopez pun dapat merealisasikan impiannya.
Kuih Puteri Mandi
Nama
kuih yang ni pulak dapat semasa zaman jepun dulu. Al-kisahnya seorang
budak lelaki ni nak menjual kuih buatan emaknya di sebuah pekan. Untuk
lalu di pekan tu, dia terpaksa melintas di sebatang sungai yang banyak
buaya buas. Masa melintas tu, dia terskodeng puteri tengah mandi. Dalam
kepala hotak dia asyik teringat je adengan puteri tu mandi. Sehinggalah
dia tiba ke pekan. Dah tiba ke pekan dia hilang ingatan sementara. Bila
pelanggan nak cuba beli kuihnya dan tanya kuih apa. Dia koba kuih puteri
mandi.
Ehsan: http://anaknegori.blogspot.com/2011/08/asal-usul-kuih-mendapat-nama.html



No comments:
Post a Comment