20 May 2012


Behind the scene of Final Mania Astro & Planet Kuih Kita?

Stay Tunes!


 

17 May 2012

 Mari Bergelak Tawa!


 Kuih apa paling gangster?
-Kuih Lompat Tikam

Kuih apa paling sexy?
-Kuih Puteri Mandi


Kuih apa paling keji?
-Kuih Taik Itik

Kuih apa bajet cute?
-Kuih Cek Mek Molek

Kuih apa awet muda?
-Kuih Seri Muka

Kuih apa paling alim?
- Kuih Ketayap


Kuih apa suka pukul?
-Kuih Lompang

Kuih apa dalam zoo?
-Kuih Badak Berendam

Kuih apa tak mandi?
-Kuih Bau-lu

Kuih apa paling tenteram?
-Kuih Makmur



Datuk Sharifah Aini & Planet Kuih Kita?

Stay  with us for more updates!!!




5 May 2012

Asal Usul nama Kuih

Salam untuk semua peminat kuih tradisional. Sementara sibuk mencari bahan untuk blog planetkuihkita ni, kami terjumpa satu blog yang agak mencuit hati. Harap anda semua terhibur dan terima kasih yang tak terhingga kepada pemilik blog Apo2 Yolah.



Kuih Pelita
Di sebuah kampung ni terkenal dengan tradisi memasang pelita menjelang bulan ramadan. Setiap rumah pasang 18 buah pelita (paling minimum sebagai syarat untuk masuk pertandingan raja pelita tu). Masing-masing berebut nak digelar pemilik pelita paling banyak. Duit habis beli pelita dengan minyak tanah. Bila dah raya tu, duit dah takdak. Kuih raya pun tak tempah lagi. So, depa p hamek pelita depan umah tu terus buat kuih.




Kuih Ketayap
Alkisah dahulu kala, ada seorang remaja yang suka makan inti kelapa. Kalau nak p surau ja, mesti p meratah inti kelapa dulu. Kawan-kawan dia kat sutau dok pelik lihat peel sahabatnya yang sorang ni. Satu hari tu, dia nak suruh kat kawan-kawan dia kat surau tu rasa sebab dah lama depa teringin nak makan inti kelapa jugak. Memandangkan mak budak tu tak simpan plastik kat rumah sempena menghormati kempen no plastic on saturday, budak ni pun terus amik ketayap dia p bungkus inti kelapa tu. Terus jadi kuih ketayap.




Kuih Lopez
Seorang warga asing antarabangsa ni telah singgah ke sebuah kampung di selatan tanah air. Sebenarnya dia nak bercuti mencari ketenangan sebab bantai sibuk 24/7 sebagai artis. So, dia pun tekad nak menjalani kehidupan di kampung di sebuah homestay. Nak dijadikan cerita, artis ni suka sangat dengan kuih ni. Pastu dia bayaq auntie yang merekacipta kuih ni supaya nak rebrand kuih tu meletakkan nama kuih tu sempena namanya. Akhirnya Jennifer Lopez pun dapat merealisasikan impiannya.




Kuih Puteri Mandi
Nama kuih yang ni pulak dapat semasa zaman jepun dulu. Al-kisahnya seorang budak lelaki ni nak menjual kuih buatan emaknya di sebuah pekan. Untuk lalu di pekan tu, dia terpaksa melintas di sebatang sungai yang banyak buaya buas. Masa melintas tu, dia terskodeng puteri tengah mandi. Dalam kepala hotak dia asyik teringat je adengan puteri tu mandi. Sehinggalah dia tiba ke pekan. Dah tiba ke pekan dia hilang ingatan sementara. Bila pelanggan nak cuba beli kuihnya dan tanya kuih apa. Dia koba kuih puteri mandi.
 
Ehsan:  http://anaknegori.blogspot.com/2011/08/asal-usul-kuih-mendapat-nama.html

Bukan Sekadar Kuih Tradisi

Perayaan Kuih Bulan disambut pada hari ke-15 pada bulan ke-8 pada kalendar Cina iaitu pada akhir bulan Ogos hingga akhir bulan September. Ia selalunya hampir dengan ekuinoks musim luruh. Pada waktu ini, bulan biasanya mengambang dan terang, menjadikannya waktu yang sesuai untuk meraikan hasil tuaian musim panas.

Kuih Bulan merupakan salah satu hidangan istimewa pada perayaan ini. Kuih Bulan diperbuat daripada adunan manis yang berinti kacang merah, atau adunan biji teratai, atau kuning telur masin.

Tahukah anda bahawa Perayaan Kuih Bulan sangat berkait rapat dengan satu peristiwa sejarah dalam memperingati perjuangan rakyat China yang bangkit menuntut kebebasan di bawah pemerintahan Mongol yang menindas dan kejam?

Disebabkan ini, rakyat Cina dengan dorongan pihak Ming bersepakat untuk memberontak

Pemberontakan di bawah pimpinan Xhu Yuan Zhang besama pengikutnya, Liu Bo Wen telah menggunakan kuih bulan sebagai alat sebaran maklumat.

Kuih bulan yang dijual secara meluas di pasaran pada ketika itu telah diselitkan sepucuk nota menyeru rakyat untuk bangkit menggulingkan kerajaan pada malam 15 haribulan, yakni bulan kelapan dalam kalender lunar.

Di tengah-tengah kuih tersebut juga telah diletakkan pesanan yang menerangkan cara untuk memberontak. Pemberontakan itu akhirnya berjaya menjatuhkan pemerintahan Puak Mongol (Dinasti Yuan).

Sejak itu, kuih bulan bukan sekadar menjadi makanan tradisi, ia juga melambangkan nilai dan simbol memperjuangkan keadilan dan menentang kezaliman.

Hingga kini, peristiwa ini dirayakan setiap tahun oleh masyarakat Cina dalam perayaan yang dikenali sebagai Perayaan Pertengahan Musim Luruh.
 

Sumber: http://sejarah2u.blogspot.com/2009/01/perayaan-kuih-bulan.html